BM | EN | 中文

“Umno tarik sokongan dari PN sudah pasti, tunggu MKT muktamadkan” – Puad Zarkashi

puad-zarkashi-umno-batu-pahat.png
Advertisement

BATU PAHAT, 6 JUL: Keputusan Umno menarik sokongan dari kerajaan Perikatan Nasional PN sudah pasti, namun hanya menunggu Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memuktamadkannya, kata Puad Zarkashi.

Puad Zarkashi yang juga Ketua Umno Batu Pahat berkata, ramai ahli Umno teruja selepas sekian lama menunggu keputusan parti itu.

“Sudah tentu ahli Umno paling excited (teruja). Mereka tunggu sekian lama parti buat keputusan. Sebab itu usul “pull the plug” lulus sebulat suara di perhimpunan agung Umno 2020.

Advertisement

“Apakah ada yang marah? Sudah tentu. Terutama yang tidak mahu kerajaan PN rebah. Mereka akan “spin” kononnya rakyat marah. Mereka tuduh Umno gila kuasa.

“Tetapi mereka lupa. Umno sokong Muhyiddin jadi PM walaupun dia terlibat dengan Tun Mahathir jatuhkan BN di PRU ke 14,” katanya dalam satu catatan di laman facebook beliau hari ini.

Tambahnya lagi, parti itu berlapang dada apabila lantikan menteri dari parti itu tidak mengikut hiraki parti.

Advertisement

“Kumpulan katak dari Umno semuanya diberi jawatan. Sebab itu tidak ada sebab untuk marah pada Umno,” katanya lagi.

Puad sebelum ini berkata, beliau yakin MKT akan tetap menarik balik sokongan daripada kerajaan PN paling lewat 1 Ogos 2021.

Beliau mendakwa majoriti ahli MT Umno menyokong keputusan untuk keluar daripada PN.

Advertisement

Bagaimanapun, presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi menghadapi tentangan daripada kebanyakan ahli parlimen Umno yang bukan terdiri daripada ahli majlis tertinggi.

Kata Puad lagi ada di kalangan pimpinan parti itu yang risau yang sekiranya Umno menarik sokongan kepada kerajaan PN.

“Mereka ini sama ada di dalam atau di luar Umno risau hilang jawatan dan keistimewaan.

Advertisement

“Keistimewaan yang paling penting ialah perisai daripada tindakan SPRM dan LHDN.

“Sebab itu ada yang sanggup jadi power broker dan jual parti,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top