BM | EN | 中文

Umno sedia bertembung dengan BERSATU dan Muhyiddin di Pagoh – MB Johor

hasni-mohammad-umno-johor.jpg

Gambar Ehsan FB Hasni Mohammad

Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 MAC: Umno Johor sedia bertembung dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di kubu kuatnya, iaitu kerusi Parlimen Pagoh, pada piihan raya umum (PRU) ke-15, kata pengerusi Umno Johor, Hasni Mohamad.

Hasni yang juga menteri besar Johor meminta kepimpinan parti memberi kuasa autonomi kepada Umno Johor untuk membuat perancangan menghadapi PRU tersebut.

Apatah lagi Bersatu seperti ingin menjadikan Johor sebagai “lubuk” parti itu apabila Muhyiddin sendiri menjadi pengerusinya walaupun dia sibuk dengan tugasnya sebagai perdana menteri, katanya lagi.

Advertisement

“Bagilah Johor autonomi sama seperti yang dipohon oleh (Umno) Pahang.

“Saya sudah bentangkan pandangan Umno Johor bahawa kita ingin bertanding 26 kerusi. Keputusan BN Johor (sebelum ini) tanding semua kerusi melainkan (Parlimen) Pagoh kerana kita hormat perdana menteri.

“Tetapi Umno Pagoh kata mereka tidak benarkan perdana menteri bertanding tanpa sebarang pertandingan (perlawanan) daripada Umno,” katanya, lapor Malaysiakini.

Advertisement

Beliau berkata demikian dalam perbahasan ucapan dasar presiden Umno pada Perhimpunan Agung UMNO 2020, di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top