BM | EN | 中文

Umno pusat, kabinet tak pernah bincang untuk bubar DUN Johor

ismail-sabri-umno.jpg

PUTRAJAYA, 20 JAN: Ibu pejabat UMNO tidak pernah mengadakan perbincangan dengan UMNO Johor bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dibuat Pilihan Raya Negeri (PRN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden Umno berkata, isu PRN Johor juga tidak dibincangkan dalam mesyuarat mingguan Kabinet.

“Kabinet tidak pernah bangkit isu ini sebab tiada kaitan pun dengan Kerajaan Persekutuan dan begitu juga UMNO Pusat ketika sesi mesyuarat terbaharu, langsung tidak sentuh.

“Sebaliknya kita juga bersetuju dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menyerahkan perkara itu terus kepada kepimpinan parti tersebut di peringkat negeri,” katanya, lapor Utusan Online.

Terdahulu, beliau melancarkan Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia di sini malam tadi.

Sekiranya DUN Johor dibubarkan, negeri itu muncul sebagai keempat mengadakan PRN tersendiri berasingan daripada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang paling lewat pada 2023.

Terdahulu Sabah sebagai negeri pertama melaksanakan PRN pada 26 September 2020 diikuti Melaka (29 November 2021) dan terbaharu, Sarawak pada 18 Disember lalu.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top