BM | EN | 中文

Umno, PAS Johor bincang PRN, PRU15 tanpa Bersatu – Laporan

Umno_Bersatu_Pas.jpg
Advertisement

PETALING JAYA, 26 JUL: Umno dan PAS Johor akan berbincang mengenai pilihan raya negeri (PRN) serta pilihan raya umum ke-15 (PRU15) hari ini tanpa melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri ini, kata timbalan pengerusi Umno negeri Nur Jazlan Mohamed.

Laman Free Malaysia Today semalam melaporkan, ketika ditanya mengapa mesyuarat berkenaan tidak melibatkan Bersatu, Nur Jazlan secara berseloroh berkata, parti diketuai Perdana Menteri Muhyiddin Yassin itu sudah kuat dan tidak perlu bergabung dengan sesiapa.

“Bersatu rasa dia sudah kuat dan tidak perlu bergabung dengan sesiapa. Kita yang kena gabung dengan dia,” katanya.

Advertisement

Nur Jazlan berkata, jentera Umno sendiri sudah bersedia untuk menghadapi PRN atau PRU15 sejak lebih dua bulan lalu.

Katanya, perbincangan antara Umno dan PAS perlu dibuat supaya gerak kerja berjalan secara senada.

Dalam pada itu tambah beliau PRN merupakan penyelesaian terbaik sekiranya Pakatan Harapan menganggu pentadbiran kerajaan PN di Johor.

Advertisement

“Kita sudah bersedia menyahut cabaran pilihan raya,” katanya.

Bersatu merupakan komponen kerajaan PN bersama-sama Umno, PAS, BN, GPS dan parti dari Sabah berikutan tumbangannya pentadbiran PH pada Februari lepas.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top