BM | EN | 中文

Umno Pagoh tak sependapat Dr Adham Baba, enggan beri laluan buat Muhyiddin

Ketua-Umno-Pagoh-Ismail-Mohamed.jpg
Advertisement

MUAR, 3 JAN: Umno Pagoh sebulat suara enggan memberikan laluan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mempertahankan kerusi parlimen itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua Umno Pagoh Ismail Mohamed berkata pendirian mereka itu diharap dapat didengar oleh kepimpinan tertinggi parti.

Menurut Ismail dalam mesyuarat perwakilan bahagian itu hari ini ahli Umno bersepakat menolak keputusan Umno Johor yang dibuat sebelum ini.

Advertisement

“Saya harap mereka (Majlis Tertinggi Umno) dapat mendengar kami (ahli akar umbi) dan membenarkan Umno Pagoh bertanding di kerusi parlimen dan dua DUN (di bawahnya).

“Kami menghormati keputusan Umno negeri tetapi kami harap mereka juga menghormati pendirian kami,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today semalam.

Terdahulu Ketua Penerangan Umno Johor Dr Adham Baba memaklumkan kepada pucuk pimpinan parti itu agar Muhyiddin diberi laluan terus bertanding di Pagoh bagi mewakili calon kerajaan.

Advertisement

“Muhyiddin seharusnya diberi laluan untuk kekal bertanding di Pagoh,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian semalam.

Untuk rekod, dua kerusi DUN yang ingin tetap ditandingi Umno Pagoh ialah Bukit Kepong dan Bukit Pasir.

Dalam PRU ke-14 Bukit Kepong dimenangi Dr Sahruddin Jamal dari Pakatan Harapan yang kemudian dilantik menjadi menteri besar Johor sebelum tempatnya diambil alih oleh Umno selepas berlaku pertukaran kerajaan.

Advertisement

Manakala Bukit Pasir pula dimenangi calon PAS, Najib Lep.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top