BM | EN | 中文

Umno Johor perlu nyatakan pendirian, lakukan undi percaya di DUN

UMNO-Johor.jpg.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 OGOS: Umno Johor hari ini didesak menyatakan pendirian mereka selepas kemelut yang berlaku di antara Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung penarikan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pemikir Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata pendirian itu penting untuk dizahirkan sebagai sokongan terhadap presiden parti Umno.

“Masih tak pasti apakah pendirian Umno Johor.

Advertisement

“Cuma apa yang kita boleh katakan selepas kenyataan dari Presiden mereka, kini Umno sudah terbelah dua.

“Dalam perutusan YAB Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin tadi, kita dapat lihat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob teguh di sebelah Perdana Menteri.

“Kini terpulang kepada Umno Johor yang akan membuat keputusan kebersamaan merekan, sama ada menyokong presidennya atau sebahagian ahli parlimen mereka yang masih menyokong kepimpinan Mahiaddin,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau turut menegaskan perlunya usul undi percaya di sidang DUN bagi mencari jawapan sama ada kepimpinan Hasni sebagai Menteri Besar Johor mempunyai majoriti.

“Kini tiba giliran MB Johor pula untuk membentangkan undi percaya kepada kepimpinan beliau selepas keputusan untuk mengadakan undi percaya terhadap PM akan diadakan pada sidang Dewan Rakyat September ini.

“Apa yang penting, Datuk Hasni perlu membuktikan bahawa dirinya mempunyai sokongan yang utuh untuk mentadbir negeri ini.

Advertisement

“Apa sahaja boleh berlaku dalam masa terdekat, termasuklah penarikan sokongan dari kalangan Adun Bersatu dan Umno sendiri yang tidak sependapat dengan keputusan Hasni (Dato),” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top