BM | EN | 中文

UMNO Johor perlu kembali bangkit, kata Ismail

ismail-sabri_umno-1.png

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 APR: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu UMNO Johor kembali bangkit dan memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), nanti.

Beliau berkata Johor sebagai negeri tempat ‘kelahiran’ parti keramat itu, maka UMNO Johor perlu bangkit kembali bagi menguasai kerajaan.

“Johor memang daripada dahulu menjadi benteng kekuatan UMNO Seperti yang kita tahu, UMNO ditubuhkan di Johor, jadi UMNO Johor perlu bangkit kembali menguasai kerajaan.

Advertisement

“Walaupun sekarang memang UMNO menjadi kerajaan di Johor tetapi kali ini kita percaya UMNO akan menang lebih besar di Johor, katanya kepada pemberita selepas program Bangkit 15 peringkat negeri Johor di sini semalam.

Turut hadir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Pengerusi UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed

Johor kini di bawah pimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan Menteri Besamya Datuk Hasni Mohammad daripada UMNO mengetuai kerajaan negeri PN mempunyal 29 kerusi dengan Barisan Nasional sebanyak 16 kerusi, Bersatu 12 kerusi dan PAS satu kerusi.

Advertisement

Manakala pembangkang, Pakatan Harapan mempunyai 27 kerusi dengan DAP 14, Amanah enam serta PKR tujuh.

Sementara itu, mengenal Bangkit 15, Ismail Sabri yang juga Menterf Kanan (Keselamatan) berkata beberapa negeri telah selesai mengadakan pogram berkenaan yang merupakan persediaan jentera UMNO bagi menghadapi PRU15.

Menurutnya, Johor merupakan negeri terakhir sebelum menjelang Ramadan dan program sama akan diteruskan di Sabah, Kelantan, Pulau Pinang serta Terengganu selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top