BM | EN | 中文

Umno Johor perlu jelaskan sumber dana lebih setengah juta

Mahadzir-Mat-Zili.jpg

Mahadzir Mat Zili

Advertisement

BATU PAHAT, 22 FEB: Umno Johor perlu mengisytiharkan dana RM 677,872.55 terkait skandal penyelewengan 1MDB yang disita sebelum ini oleh SPRM.

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Mahadzir Mat Zili berkata, Umno Johor perlu membuktikan bahawa wang yang disita itu diterima daripada sumber-sumber lain.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi telah menyatakan Badan Perhubungan Umno Johor telah mengemukakan keterangan untuk

Advertisement

Namun perkara itu tetap disuarakan untuk diisytiharkan punca sumber dana tersebut agar ketelusan dalam pentadbiran parti tidak mengamalkan ketidak telusan.

“Ia perlu diterangkan kepada umum daripada mana sumber tersebut diperolehi oleh mereka dan kita tidak mahu ianya tergantung tanpa ada sebarang punca sumber dana tersebut.

“Kita khuatir amalan ketidak telusan ini akan mengelirukan rakyat sehingga dana lebih setengah juta itu tidak dimaklumkan berkenaan sumbernya.

Advertisement

“Sekiranya ia tidak dimaklumkan maka perkara itu akan menimbulkan syak wasangka yang berterusan. Jika ia sumbangan dari orang ramai, ia juga perlu dinyatakan dan membuktikan kesahihannya,” jelasnya.

Dalam pada itu mahkamah telah memutuskan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim, manakala peguam Syahrul Syazwan Salehin mewakili Badan Perhubungan Umno Johor.

Permohonan lucut hak itu difailkan pendakwa raya terhadap Umno Johor mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Advertisement

Sebelum ini, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata agensi itu telah memfailkan permohonan tersebut terhadap 41 entiti yang terdiri daripada individu, syarikat dan parti politik untuk mendapatkan semula kira-kira RM270 juta, yang mempunyai kaitan dengan 1MDB yang SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top