BM | EN | 中文

UMNO Johor minta perjelas Perkara 150 untuk isytihar darurat

Umno-Johor-Covid-19.jpg

Gambar Ehsan FB Hasni Mohammad

Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 OKT: UMNO Johor meminta kerajaan Pusat menjelaskan penggunaan peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan iaitu membabitkan pengisytiharan darurat.

Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, tindakan meminta penjelasan itu diputuskan menerusi mesyuarat UMNO negeri semalam.

“Apa diputuskan dalam mesyuarat kita hari ini berkenaan keperluan penggunaan Perkara 150 yang perlu diperjelaskan kepada semua rakyat.

Advertisement

“Sekarang ini, perkara tersebut belum diberikan penjelasan secara menyeluruh,” katanya, lapor SH Online.

UMNO Johor turut tidak bersetuju jika Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan ketika wabak Covid-19 belum ditangani dan ketika ekonomi negara masih lembab.

Hasni yang juga Menteri Besar Johor berkata, sekiranya Dewan Rakyat terbubar UMNO berpendapat bahawa kerajaan negeri perlu menasihatkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tentang keadaan dan perkara berkaitan keputusan pembubaran Parlimen.

Advertisement

“Jadi untuk saya mengatakan bahawa kita juga membubar DUN itu adalah tertakluk kepada bila dan dalam keadaan Dewan Rakyat terbubar,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top