BM | EN | 中文

UMNO Johor mahu Najib bantu parti

umno-johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 DIS: UMNO Johor masih mengharapkan penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), meskipun Ahli Parlimen Pekan itu sedang menghadapi beberapa perbicaraan berhubung rasuah di mahkamah.

Timbalan Ketua UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, bekas Perdana Menteri itu dilihat masih mempunyai pengaruh dalam kalangan rakyat, selain menjadi aset kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Kata Nur Jazlan lagi, kelebihan itu perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya menjelang PRU15.

Advertisement

“Secara efektif sekarang Datuk Seri Najib tak dapat bertanding PRU15 kerana keputusan Mahkamah Rayuan. Jadi saya masih berharap agar beliau, walaupun mungkin tidak dapat mengambil bahagian dalam PRU tapi beliau akan terus membantu parti daripada belakang.

“Ini kerana beliau masih ada pengaruh yang kuat dalam kalangan rakyat Malaysia, dan kita di parti pun sayangkan beliau, dan mahu beliau untuk meneruskan khidmat pada parti, walaupun didapati bersalah,” katanya, lapor SH Online.

Nur Jazlan berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Perling, Johor, semalam.

Advertisement

Mengulas lanjut, beliau berkata, mengekalkan Najib di dalam parti tidak bererti ia akan mencalar imej parti, selain menyifatkan kes perbicaraan 1MDB hanya berbaur politik.

Terdahulu pada Rabu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas bekas Perdana Menteri membabitkan kes dana RM42 juta milik SRC International Sendirian Berhad.

Dalam pada itu, Nur Jazlan berkata, status parti Pas yang dilihat seperti bayang-bayang, disifatkan tidak layak untuk menentukan hala tuju UMNO, apatah lagi mendesak parti itu untuk bergerak bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Advertisement

Tegasnya lagi, Pas seharusnya lebih relevan dalam melihat sendiri parti mana yang lebih dominan, sebelum mendesak pihak lain untuk menurut permintaan mereka.

“Tapi kalau mereka tidak mahu terima dan mereka nak meninggalkan Muafakat Nasional kerana Bersatu, (lebih baik) kita putuskan sahajalah hubungan tu. UMNO Bahagian Pulai pun akan mengusulkan untuk putus hubungan dengan Pas dalam MN.

“Kerana satu kita rasa tak perlu. Dan keduanya, Pas pun tak jujur. Dan ketiga, selepas PRN Melaka Pas terbukti mereka tidak mempunyai apa-apa kekuatan apabila semua calon mereka tewas,” tegasnya lagi.

Advertisement

Terdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi hantaran Facebook berkata, UMNO dan Pas tidak akan mencapai perpaduan bangsa dan agama tanpa penglibatan Bersatu.

Selain itu Abdul Hadi berkata, Melayu dan Islam bukan sahaja melibatkan parti UMNO dan Pas, malahan Bersatu juga merupakan parti yang besar dalam kancah politik negara.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top