BM | EN | 中文

UMNO Johor gesa henti beku akaun, perlu dana untuk hadapi PRU-15

UMNO.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 OGOS:: UMNO Johor menggesa pembekuan akaunnya berjumlah RM600,000 dapat dihentikan segera bagi membolehkan dana itu digunakan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)

Bendaharinya, Datuk Samsolbari Jamali berkata, pihaknya telah melakukan pelbagai usaha termasuk proses undang-undang agar dana itu dikembalikan, namun sehingga kini masih samar-samar.

“Buat masa ini, kita tidak mempunyai sumber kewangan lain untuk mengerakkan program parti di peringkat akar umbi. Kita sudah usahakan dalam hal ini, selebihnya kita serahkan kepada Allah.

Advertisement

“Kalau ada, adalah. Kalau tidak, kita guna apa yang ada sahaja buat masa ini. Kita tidak boleh bersandarkan kepada itu (dana RM600,000) sahaja. Kita belanja apa yang ada dan buat (program) yang mampu sahaja,” katanya, lapor Utusan Malaysia.

Beliau yang juga Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2020, di sini semalam.

Pada 2018, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan membekukan akaun UMNO Johor selepas tindakan yang sama dikenakan terhadap akaun UMNO Pusat dan UMNO Selangor.

Advertisement

Akaun UMNO Bahagian Johor Bahru juga turut dibekukan oleh Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhubung dana RM1 juta diberikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Samsolbari berkata, UMNO Johor perlu belajar daripada parti lain yang boleh terus ‘hidup’ walaupun tanpa kewangan yang kukuh dan perkara itu dapat dilakukan kerana mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi.

Katanya, ahli-ahli UMNO di negeri ini masih teguh berdiri di belakang parti kerana mereka percaya dan yakin dengan hala tuju serta perjuangan parti.

Advertisement

“Tumpuan utama ketika ini adalah untuk memperkukuh parti dan bersiap sedia menghadapi PRU-15 seadanya selain memberi tumpuan terhadap ikatan sedia ada bersama Pas menerusi Muafakat Nasional (MN).

“Buat masa ini, semua perancangan dan pergerakan berjalan lancar termasuk mesyuarat di 2,370 cawangan UMNO di negeri ini yang sedang aktif dilakukan.

“Pendirian UMNO Johor tidak lain ialah nak menang PRU15 dan terus bersama MN,” tambahnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top