BM | EN | 中文

“Umno Johor bukan rakan kongsi yang jujur”

umno-Pas.jpg
Advertisement

PONTIAN, 23 JUL: Umno bukanlah parti yang mampu menjadi rakan kongsi yang jujur dalam gabungan Muafakat Nasional (MN) mahupun Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, parti itu membelakangkan semangat setiakawan dalam pelbagai gabungan.

Taqiuddin Cheman

Menurutnya, baru-baru ini Pas Johor meluahkan kekecewaan apabila mereka seperti terpinggir dalam isu penjawatan dan menyatakan tindakan untuk tidak bersependapat dengan keputusan dari peringkat pusat.

Advertisement

“Sebelum ini pun Umno Johor seperti tidak langsung mahu berunding dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam menggerakkan agenda politik di negeri ini.

“Yang terbaru mangsanya adalah Pas yang dilihat tersepit dalam kekuatan parti majoriti terbanyak dalam PN dan tidak diraikan dengan baik oleh Umno.

“Kita mendapat maklum bahawa pihak akar umbi Pas memang dilihat kurang berpuas hati dengan prestasi rakan kongsi mereka Umno dalam mengendalikan pembahagian kuasa dan kepimpinan kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Sebelum ini Johorkini melaporkan luahan hati penggerak parti Pas di Johor yang kurang berpuas hati dengan perjanjian yang disepakati dalam MN di Johor.

Pas yang mempunyai seorang Adun di Johor sebelum ini dipercayai telah dijanjikan dengan pelbagai jawatan di dalam kerajaan namun sehingga hari ini perkara itu masih samar.

Taqiuddin yang juga Adun Pulai Sebatang berkata, gabungan MN di Johor itu juga akan menjadi rapuh sekiranya Pas terus dibuli Umno.

Advertisement

“Sekuat mana pun gabungan, pasti akan rapuh apabila ada pihak dalam gabungan tersebut yang hanya memikirkan soal kepentingan diri sendiri berbanding kejujuran dan setiakawan.

“Umno tidak perlu menuding orang lain sedangkan diri mereka sendiri masih membawa pemahaman ‘abang besar’ dalam sebuah gabungan.

“Ternyata hari ini Pas dan Bersatu hanya dijadikan sebagai alat untuk Umno terus kembali berkuasa dalam mentadbir negeri mahupun negara ini sahaja.

Advertisement

“Selain itu antara mangsa lain adalah orang Melayu yang termakan dengan dakyah yang dilakukan mereka,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top