BM | EN | 中文

Umno boleh bubar DUN Johor dulu, kata Salahuddin

Datuk-Seri-Salahuddin-Ayub.jpg
Advertisement

MUAR, 26 JUN: Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, Umno tidak perlu berlengah dan boleh memohon agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan pada bila-bila masa.

Adun Simpang Jeram itu berkata, ini kerana mutakhir ini semakin ramai pemimpin Umno yang menggesa agar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membubarkan parlimen supaya pilihanraya umum (PRU) boleh diadakan.

“Oleh kerana mereka (Umno) ini begitu ghairah untuk PRU diadakan, saya ingin mencabar mereka memulakan langkah ini di Johor.

Advertisement

“Mereka menyebut tentang ketidakstabilan situasi politik negara sebagai alasan untuk mengadakan PRU, maka langkah ini harus bermula di Johor ekoran kemelut politik di negeri ini.

“Umno dan Bersatu tidak perlu berlengah dan boleh memohon agar Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan pada bila-bila masa sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan menyarankan Muhyiddin mengikut jejak PM Singapura, Lee Hsien Loong yang membubarkan Parlimen republik tersebut bagi membolehkan pilihanraya umum diadakan.

Advertisement

Menurut beliau, keputusan tersebut bagi memastikan kerajaan yang memerintah mempunyai mandat yang baik dan diyakini.

“Dalam konteks negara kita, adalah baik jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melakukan perkara yang sama tanpa berlengah.

“Malaysia tidak pernah berada dalam kedudukan politik yang sangat tidak stabil seperti ini sejak merdeka,” kata Mohamad Hasan.

Advertisement

Terdahulu pada 14 Jun, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad tidak menolak kemungkinan menjadi menteri besar paling singkat memegang jawatan itu berikutan ketidakstabilan politik yang berterusan di negara ini.

Secara bergurau Hasni berkata beliau juga mungkin akan dikenali sebagai ‘menteri besar Covid-19’.

“Saya datang di tengah-tengah penggal pentadbiran. Masih lagi berbaki lebih kurang dua tahun setengah sebelum pilihan raya yang seterusnya. Itu pun, jika pilihan raya tidak diadakan lebih awal.

Advertisement

“Jika itu (pilihan raya awal) berlaku, saya mungkinlah Menteri Besar yang paling singkat antara yang singkat. Mungkin juga digelar Menteri Besar Covid-19. Asyik sibuk berurusan tentang Covid-19 semata-mata,” beliau dipetik sebagai berkata.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top