BM | EN | 中文

Umno-BN tadbir Malaysia berdekad lamanya, kenapa tak laksana sekolah satu aliran, sindir MP Kulai

teo-nie-ching.png

Gambar Ehsan headtopics.com

Advertisement

KULAI, 12 OKT: Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching meminta pemimpin Umno dan Bersatu menghentikan permainan politik perkauman dan “dua muka” yang hanya menambah kebencian di antara rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Ia susulan soalan ahli parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah mengenai perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan sekolah satu aliran bagi menyelesaikan isu masyarakat yang tidak fasih berbahasa Melayu di Dewan Rakyat semalam.

“Persoalannya, kenapa tidak laksanakan cadangan ini semasa Umno dan BN menjadi kerajaan selama berdekad-dekad lamanya?

Advertisement

“Kenapa tidak minta KPM laksanakannya semasa beliau menjadi seorang Menteri? Atau beliau hanya diam membisu dalam mesyuarat kabinet?

“Adakah ini benar-benar cadangan yang jujur atau sekadar mahu bermain dengan politik perkauman? kata Nie Ching dalam satu kenyataan semalam.

Kata Nie Ching lagi, ramai anak Malaysia yang belajar di sekolah antarabangsa dikatakan tidak dapat menguasai Bahasa Kebangsaan dengan baik.

Advertisement

“Adakah Ahli Parlimen Lenggong mahu kerajaan menghapuskan semua sekolah antarabangsa di Malaysia?” soalnya lagi.

Nie Ching turut menamakan menteri dan timbalan menteri dari Umno dan Bersatu yang membantah peruntukan RM15 juta diberi kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina pada zaman pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Antaranya Zahid Hamidi (Umno-Bagan Datuk), Noh Omar (Umno-Tanjong Karang), Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau), Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Bersatu-Tanah Merah), Rosol Wahid (Bersatu-Hulu Terengganu), Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS – Rantau Panjang) dan Ahmad Hamzah (Umno-Jasin).

Advertisement

“Paling penting sekali, orang yang membantah peruntukan RM15 juta itu pada zaman PH, tetapi pada zaman beliau diluluskan pula, iaitu Perdana Menteri Ismail Sabri!

“Ingatlah apabila pemimpin Umno atau PPBM bermain politik perkauman, ia menambah kebencian di antara rakyat pelbagai kaum.

“Saya mohon hentikanlah perbuatan yang keji ini. Sebagai kerajaan, hormatilah dan hargailah setiap warganegara kita tanpa mengira kaum dan agama,” kata Nie Ching lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top