BM | EN | 中文

UMNO akan teruskan kesinambungan kepimpinan jika menang PRN Johor

Noor-Azleen-Ambros.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 5 FEB: UMNO akan meneruskan kesinambungan kepimpinan terdahulu bagi menjamin kestabilan politik di Johor sekiranya parti itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros berkata, ketika ini UMNO masih konsisten menawarkan kestabilan politik sebagai usaha mengekalkan kesejahteraan rakyat di negeri itu.

“Apa yang berlaku di Johor dalam tempoh tiga tahun sebelum ini, bertukar-tukar Menteri Besar menunjukkan petanda yang tidak baik untuk jangka masa panjang pentadbiran negeri.

Advertisement

“Justeru itu, kita memerlukan PRN di Johor kerana mahu mengembalikan kestabilan tersebut dan strategi inilah yang akan dimanfaatkan oleh UMNO dalam membuat tawaran bagi menambat keyakinan, sekali gus mengembalikan kepercayaan kepada pengundi termasuk kepada pengundi baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian Edisi ke-320 bertajuk ‘MB Pilihan #Bangsa Johor’ yang disiarkan di semua platform Sinar Harian, Jumaatl lalu.

Wacana itu turut menampilkan Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Hamidin Abd Hamid sebagai panelis manakala Ismail Adnan bertindak sebagai moderator.

Advertisement

Dalam pada itu ketika ditanya adakah nama yang sama akan dicalonkan untuk menjadi Menteri Besar sekiranya UMNO menang pada PRN kali ini, Noor Azleen memberi bayangan parti itu akan terus memberi sokongan terhadap Datuk Hasni Mohammad untuk menerajui kerajaan negeri pada masa akan datang.

Katanya, kestabilan politik yang dijanjikan kepada rakyat Johor akan disekalikan dengan kesinambungan kecemerlangan kepimpinan sedia ada sebelum ini.

“Pemikiran pengundi di Johor agak ‘sophisticated’, mereka tidak akan melihat personaliti semata-mata ketika membuat pilihan selain melihat banyak faktor lain. Individu itu perlu ada misi yang jauh ke hadapan.

Advertisement

“Kerja Menteri Besar bukan hanya perlu selesaikan isu orang Johor hari ini, tetapi rakyat lebih suka individu yang bercerita tentang membina tamadun Johor,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top