BM | EN | 中文

“Umno akan khianat Bersatu dan Muhyiddin” – Sheikh Umar

Sheikh-Omar-Adun-Paloh.jpg

Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali

Advertisement

KLUANG, 10 JUL: 4. Kewujudan Perikatan Nasional (PN) adalah senjata untuk Umno merampas kuasa daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, perang mulut antara ahli parlimen Mersing Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dengan pemimpin Umno merupakan petanda tidak wujud kerjasama ‘adik-beradik’ antara parti-parti yang mendukung kerajaan PN.

“Hal ini akan lebih jelas. Enam bulan pertama pandemik Covid-19 seolah-olah ‘blessing in disguise’ buat pentadbiran PN.

Advertisement

“Namun untuk hari-hari mendatang, kita bakal menyaksikan fasa pertelingkahan dalaman yang lebih hebat lagi.

“Pergeseran dalaman antara parti dalam PN sememangnya wujud dan ia akan membengkak menjadi kudis yang tidak akan sembuh,” kata Sheikh Umar dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Abd Latiff yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dilaporkan berkata dalam sebuah forum di Sabah bahawa parti Umno kini sudah ‘tidak laku’.

Advertisement

Kata Dr Abd Latiff, realitinya kerana pengundi terutamanya di Sabah tidak lagi yakin dengan Umno dan berhijrah ke parti Bersatu.

Kenyataan itu dibidas Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki yang menyifatkannya sebagai biadab, angkuh dan menghina.

Lanjutan itu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan akan menuntut kerusi parlimen Mersing yang kini disandang Dr Abdul Latiff Ahmad dari parti Bersatu.

Advertisement

Senada dengan Zahid, setiausaha Barisan Nasional, Annuar Musa berkata akan mempertahankan semua kerusi yang dimenangi pada PRU ke-14 atau mana-mana pilihan raya kecil (PRK) selepas itu.

Siri kenyataan itu menurut Sheikh Umar secara terang-terangan membidas ahli parlimen Mersing dan Bersatu dengan mengisytiharkan untuk mengambil kembali kerusi parlimen Mersing.

“Zahid Hamidi dan Najib Tun Razak bukan sahaja memperbudak-budakkan orang-orang dan menteri Bersatu.

Advertisement

“Malah ia merupakan tamparan kepada Tan Sri Muhyiddin apabila kesilapan menterinya itu telah menjejaskan peluang Bersatu untuk mempertahankan kerusi parlimen Mersing.

“Perang mulut ini adalah bibit-bibit awal bagaimana Umno akan menelan Bersatu menjelang pilihanraya umum (PRU) ke-15 yang akan datang.

“Keadaan ini pastinya akan menjadikan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak punya pilihan lain sama ada kembali menyertai Umno dan berkuburnya Bersatu atau kekal sebagai PM minoriti yang menunggu nasib dibaham pewaris rejim kleptokrat pada bila-bila masa,” katanya lagi.

Advertisement

Sheikh Umar menambah, kini Umno memainkan peranan menentukan posisi-posisi penting dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) oleh pimpinan dari parti itu, seolah-oleh tiada langsung tokoh layak daripada Bersatu.

“Hakikat yang dapat kita pelajari dari episod pengkhianatan politik ini cukup jelas.

“Sejarah juga telah membuktikan; setiap perbuatan khianat akan pastinya berakhir dengan siri-siri pengkhianatan seterusnya. Pengkhianat tidak akan pernah mendapat kepercayaan oleh rakan pengkhianat yang lain.

Advertisement

“Kumpulan ini akan hidup dalam paranoid setiap masa. Sedikit demi sedikit, mereka pasti akan ditelan oleh dosa-dosa politik mereka sendiri.

“Pakatan Harapan boleh menjadi contoh tauladan yang baik kepada rakyat bagaimana kita kekal bersatu dan istiqamah tak kira sewaktu susah mahupun senang.

“Biar kita susah asal tidak mengkhianati rakyat dan parti,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top