BM | EN | 中文

UMLand rai petugas media sempena Tahun Baharu Cina

IMG-20200206-WA0008.jpg

KK Wong (atas tengah) bergambar bersama penghuni Persatuan Cerebral Palsy Johor dalam program makan tengah hari bersama media anjuran UMLand di Hotel Amari.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 FEB: Sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada tahun ini, syarikat hartanah UMLand mengadakan majlis makan tengah hari bersama media di Hotel Amari, di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif UMLand, KK Wong memberitahu, program itu merupakan program tahunan anjuran pihaknya.

Katanya, pihaknya kini memberi tumpuan kepada pembinaan kediaman mampu milik.

Advertisement

“Beberapa pembangunan kami melibatkan pembinaan kediaman mampu milik dimana ini antara produk yang mendapat permintaan tinggi.

“Majoriti daripada kediaman berharga antara RM300,000 hingga RM500,000 telah terjual,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Dalam majlis tersebut, UMLand turut membuat sumbangan berjumlah RM2,000 kepada Persatuan Cerebral Palsy Johor.

Advertisement

Seramai kira-kira 70 tetamu terdiri daripada petugas media, rakan perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan turut hadir dalam majlis tersebut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top