BM | EN | 中文

UMLand cadang 100 ekar hutan hijau atas nama anak Johor

IMG-20200216-WA0012.jpg

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal bersama pihak berkepentingan pada majlis pelancaran penjenamaan Bandar Seri Alam sebagai 'Smart City of Knowledge' di Seri Alam Properties, Pasir Gudang.

Advertisement

PASIR GUDANG, 17 FEB: United Malayan Land Bhd (UMLand) mencadangkan tanah seluas 100 ekar miliknya dijadikan sebagai kawasan hutan hijau di daerah ini.

Difahamkan, kawasan tersebut akan dinamakan atas nama anak jati Johor yang telah banyak berkhidmat dan menyumbang di peringkat daerah, negeri, persekutuan dan antarabangsa.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, sebagai pemaju yang bertanggungjawab dalam proses membangunkan kawasan seperti Bandar Seri Alam, kerajaan negeri amat menghargai usaha murni itu.

Advertisement

“Selaku Pengerusi Bersama IRDA, saya berbangga kerana IRDA dapat bekerjasama dengan UMLand untuk mencapai usaha murni ini demi kebaikan dan manfaat masyarakat setempat, khasnya di Flagship D Iskandar Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran penjenamaan semula Bandar Seri Alam Sebagai ‘Smart City of Knowledge’ di Seri Alam Properties, di sini semalam.

Hadir sama pada majlis tersebut, Pengerusi UMLand, Tun Musa Hitam dan Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri Johor, Dzulkefly Ahmad.

Advertisement

Tambah Dr Sahruddin, di dalam kawasan seluas 3,800 ekar di Bandar Seri Alam ini terdapat pelbagai fasiliti dan infrastruktur seperti hospital, Ibu Pejabat Polis Daerah, bangunan komersial dan perniagaan, sekolah, universiti dan taman awam.

“Di dalam Pelan Pembangunan Komprehensif Iskandar Malaysia Kedua (CDP-2) yang telah dilengkapkan pada tahun 2016 oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), saya berpendapat terdapat banyak lagi manfaat akan diperolehi oleh pihak pelabur di Flagship D ini,” katanya lanjut.

UMLand merupakan antara pemaju hartanah swasta utama di Malaysia memainkan peranan penting semenjak sekian lama dengan kolaborasi strategik bersama IRDA dan kerajaan negeri.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top