BM | EN | 中文

Umat Islam diseru tingkat amalan, mohon pertolongan Allah – AMANAH Johor

aminolhuda-hassan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 MEI: Umat Islam di negara ini diseru untuk mempertingkatkan amalan serta memohon pertolongan kepada Allah SWT di atas musibah yang melanda negara hari ini.

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Aminolhuda Hassan menyeru perkara itu berkata, pandemik yang melanda negara hari ini adalah ujian dari Allah SWT.

Beliau yang merupakan Adun Parit Yaani mengajak orang ramai mengadakan solat sunat hajat serta bermunajat.

Advertisement

“Kita (umat Islam) kena mengembalikan diri kepada Allah SWT. Ini penting, selain mendekatkan diri kepada Allah SWT, kita juga harus memohon agar dijauhkan dari segala bahaya yang menimpa negara kita.

“Ianya ujian dari Allah SWT kepada kita dan yang paling penting kita harus tabah serta sabar dalam mendepani situasi yang dihadapi kita hari ini.

“Kita juga maklum bahawa hari ini penyakit Covid 19 ini merebak dengan secara meluas dalam negara kita dan sehingga ada jenis varian yang merebak tanpa ada sebarang simptom tetapi boleh mendatangkan maut atau kematian,” jelasnya dalam satu tazkirah secara maya.

Advertisement

Tambahnya, ia bukan sahaja melibatkan nyawa dan kesihatan tetapi melibatkan pelbagai faktor kehidupan yang lain.

“Kita juga bimbang dengan keadaan rakyat yang pastinya tertekan dengan masalah yang berlaku terhadap diri mereka. Namun saya seru agar semua pihak untuk tabah dan bersabar dengan cabaran serta ujian yang menimpa ini.

“Kami selaku pemimpin ini akan bersungguh-sungguh membantu walaupun suara kami dihalang dengan pengisytiharaan darurat, tetapi kami akan cuba sedaya upaya kami membantu.

Advertisement

“Dalam masa yang sama saya berharap agar rakyat yang beragama Islam sama-sama menyerahkan diri kepada Allah SWT untuk memohon agar wabak ini terhapus dalam negara kita,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top