BM | EN | 中文

“Umat Islam digalakkan selalu bersolat hajat” – Imam Masjid Sultan Abu Bakar

IMG-20200119-WA0000.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 JAN: Umat Islam digalakkan untuk menjadikan solat hajat sebagai amalan dalam memohon panduan dan perlindungan daripada Allah SWT, kata Imam Masjid Sultan Abu Bakar, Imam Mohd Zaidi Saman.

Katanya, dengan bersolat hajat terutamanya secara berjemaah adalah lebih afdhal dan memohon agar terhindar dari sehala bentuk musibah daripada melanda diri dan masyarakat.

Mohd Zaidi ditemui Johorkini berkata, perubahan alam yang berlaku dalam tempoh tidak berapa lama sejak kebelakangan ini termasuklah seperti penularan wabak penyakit influenza adalah peringatan kepada manusia.

Advertisement

“Para ulama ada menyatakan perubahan melibatkan kehidupan di muka bumi. Misalnya seperti tumbuh-tumbuhan yang kurang subur, atau penyakit-penyakit yang menghinggapi manusia dan haiwan.

“..dan sekarang ini ada wabak penyakit. Ia menjadi tanggungjawab masyarakat untuk bersama-sama memohon agar terhindar dari segala bentuk musbiah,” katanya.

Tambahnya, solat hajat boleh dilakukan secara bersendirian pada waktu malam, bersekali dengan solat tahajud.

Advertisement

Namun, ketika ditimpa musibah yang melibatkan masyarakat ramai adalah lebih baik jika ia dilakukan secara berjemaah.

“Seorang pun boleh (solat hajat). Tapi kalau berjemaah lagi bagus,” kata Imam Mohd Zaidi.

Tambah beliau, penularan penyakit mahupun bencana perlu dilihat sebagai ruang untuk manusia kembali mengingati Allah SWT dan peluang itu perlu diambil untuk bersama-sama masyarakat kembali meningati-Nya.

Advertisement

“Allah nak tunjukkan kuasa-Nya. Kita sebagai manusia memang selalu leka. Jangankan orang biasa, yang alim pun boleh terlupa. Sebab kita ini manusia biasa dan alpa.

“(Penularan penyakit) ini adalah hikmah,” katanya lagi.

Terdahulu, Jumaat lalu, kira-kira 1,000 umat Islam mendirikan solat hajat di Masjid Sultan Abu Bakar bagi memohon dihindari dari wabak Influenza yang melanda Johor baru-baru ini.

Advertisement

Solat hajat berjemaah itu didirikan sebaik sahaja selepas tamat solat fardu Jumaat .

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top