BM | EN | 中文

Umat Islam di Malaysia sambut Aidil Fitri Ahad ini

Tan-Sri-Syed-Danial-Syed-Ahmad.png

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Ahad ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad, 24 Mei 2020,” katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran langsung televisyen tempatan.

Sertai kumpulan telegram Johorkini untuk mengikuti berita dan isu-isu semasa di Johor

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top