BM | EN | 中文

Ular sawa makan babi hutan ditangkap

ular-sawa-babi.jpg

Ular sawa yang ditangkap bomba di Kampung Bukit Nyamuk, Simpang Renggam.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 JAN: Seekor ular sawa kekenyangan selepas membaham seekor babi hutan telah ditangkap di Kampung Bukit Nyamuk, Simpang Renggam petang semalam.

Menurut Pegawai Bomba Kanan II (KUP), Maznan Mohamad selaku pegawai operasi, ular tesebut ditangkap kerana berada dalam kebun kelapa sawit.

“Apa yang lebih membahayakan adalah reptilia ini berada di lokasi yang jaraknya hanya 500 meter daripada jalan utama.

Advertisement

“Operasi tangkapan selesai pada jam 5.30 petang manakala tiada sebarang kemalangan atau kecederaan dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Maznan lagi, ular sawa tersebut kemudian dilepaskan di kawasan Hutan Kahang yang tiada penempatan berhampiran.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top