BM | EN | 中文

ULAR SAWA BATIK 160 KILOGRAM DITANGKAP 

ular-telan-kambing-e1571216647184.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 16 OKT: Seekor ular sawa batik seberat 160kg ditangkap anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sebuah kandang kambing di Kampung Muhibah, Peserai, di sini.

Menurut Pegawai Operasi Balai Batu Pahat, Pegawai Bomba Kanan II, Ridwan Gembur, ular berukuran 18 kaki itu, dijumpai ketika sedang cuba menelan seekor kambing.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan lebih kurang 9 pagi tadi dan tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian beberapa minit kemudian.

Advertisement

“Pihak bomba mengambil masa 45 minit untuk menangkap dan menjerut ular tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ridwan berkata walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan pada kejadian tersebut.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top