BM | EN | 中文

ULAR SAWA 13 KAKI ‘DITANGKAP’ BOMBA

ular-sawa-2.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 12 DIS: Ular sawa sepanjang 13 kaki yang ‘bersembunyi’ di dalam longkang berjaya ditangkap sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, kira-kira jam 9 malam tadi.

Pegawai Operasi, Faizal Ahmad memberitahu, ketika sedang melakukan rondaan banjir di Felda Air Tawar 5, seorang pemilik rumah memaklumkan mereka berkenaan kewujudan ular terbabit.

“Pihak bomba mengambil masa selama kira-kira 10 minit untuk menangkap ular sawa berkenaan menggunakan penjerut sebelum diletakkan di dalam sangkar.

Advertisement

“Ular sawa itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara,” katanya.

Tambah beliau, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dalam insiden tersebut.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top