BM | EN | 中文

Ulama PAS marah pemimpin Umno tertentu, punca gugurnya “kerajaan Melayu Islam”

umno-tarik-sokongan.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Mokhtar Senik menyatakan kemarahan kepada pemimpin tertentu dalam Umno yang menjadi punca gugurnya “kerajaan Melayu Islam”.

Mokhtar dalam hantaran di laman facebook beliau berkata, telah dapat “membaca” langkah, fikrah, kata-kata dan karakter yang menggambarkan pemimpin tertentu dalam Umno itu akan mengkhianati kerajaan PN.

“Ada teman-teman yang tidak percayakan telahan saya. Bahkan ada yang menyindir saya kononnya saya iri hati terhadap kamu.

Advertisement

“Malah ada yang ‘remove’ saya dari group (Whatsapp) Tak mengapa, saya tidak paksa untuk sesiapa mempercayai kata-kata saya.

“Kerana kata-kata saya itu bukan kalam firman atau kalam sabda. Namun ternyata kamu khianati jua,” kata Mokhtar Senik.

Beliau turut mengimbas program dihadiri Presiden PAS Abdul Hadi Awang (TGHH) yang dipeluk individu yang dinyatakan dan menyaksikan wajah pemimpin Umno terbabit.

Advertisement

“Hari engkau peluk TGHH saya berada di belakang Tuan Guru. Saya tatap wajah kamu yang berada diatas bahu TG.

“Wallahi saat itu hati saya tidak percaya dengan kamu. Saat teman-teman saya memuji-muji kamu, saya kawal lidah saya agar tidak memuji sama.

Maaf hati saya tetap ragu dengan lirik wajah senyum sinismu. Teman-teman saya bertanya kenapa saya tidak dapat menerima kamu?

Advertisement

“Saya jawab jauh dilubuk hati saya, saya tidak percayakan kamu. Saya tidak bertuhankan rasa hati. Tapi saya berjaga-jaga dengan rasa hati saya.

“Alhamdulillah. Suara hati saya benar. Kamu khianati Tuan Guru kami. Kamu khianati pengikut-pengikut kamu kecuali orang-orang yang sekluster dengan kamu,” kata Mokhtar lagi.

Meskipun tidak menyatakan secara terbuka, individu dirujuk Mokhtar Senik itu dipercayai Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidii.

Advertisement

“Kluster mahkamah” yang dimaksudkan Mokhtar adalah pemimpin Umno yang berdepan kes mahkamah antaranya Zahid Hamidi, Najib Razak, Azeez Rahim, Tengku Adnan Tengku Mansor, Ahmad Maslan dan Bung Mokhtar Radin.

Gambar Ehsan FB Najib Razak

Umno dan PAS sebelum ini menandatangani Piagam Muafakat Nasional pada September 2019 disusuli kunjungan sesama pemimpin kedua parti itu.

Pada 3 Ogos, Umno menyerahkan surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menzahirkan penarikan sokongan parti itu terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Advertisement

Presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata ia sekali gus menunjukkan kepimpinan Muhyiddin sudah hilang majoriti dan keabsahannya sebagai ketua kerajaan.

Ahli parlimen yang menarik sokongan itu adalah Najib Abdul Razak (Pekan), Azalina Said Othman (Penggerang), Mohd Nizar Zakaria (Parit), Azeez Abdul Rahim (Baling), Noh Omar (Tanjung Karang), Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk), Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), Ahmad Jazlan Yaakub (Machang), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands) dan Ahmad Maslan (Pontian).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top