BM | EN | 中文

UKM harap lebih banyak kerjasama dengan kerajaan Johor 

IMG-20200219-WA0021.jpg

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal (depan, tiga, kanan) bersama pimpinan Universiti Kebangsaan Malaysia pada majlis penutup Gerbang Idealis Mahasiswa Johor (GIM Johor) 2020 di Canselori UKM, hari ini.

Advertisement

BANGI, 19 FEB: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berharap lebih banyak kerjasama strategik diantara universiti itu dengan kerajaan negeri Johor dapat dilakukan.

Naib Canselornya Prof Datuk Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor berkata, pihaknya juga turut berharap hubungan erat yang berterusan akan terus terjalin diantara kedua-duanya.

Menurutnya, melalui program anjuran persatuan anak negeri seperti Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ), program berkonsepkan intelektual secara tidak langsung menjadi wadah perkongsian.

Advertisement

Katanya, dalam masa sama menjadi nilai tambah kepada mahasiswa anak Johor, selaras tema program iaitu ‘Mahasiswa Pemangkin Kecemerlangan Johor’.

“UKM juga telah menganjurkan pelbagai aktiviti di setiap negeri. Program-program yang dianjurkan oleh UKM mengikut negeri setakat ini mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan secara teratur dan sistematik.

“UKM amat berbangga dan menyokong penuh penganjuran program Gerbang Idealis Mahasiswa Johor ini,”katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Prof Datuk Ir Dr Othman A Karim pada majlis penutup Gerbang Idealis Mahasiswa Johor (GIM Johor) 2020 di Canselori UKM, di sini, hari ini.

Advertisement

Terdahulu, majlis berkenaan disempurnakan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Dr Mohd Hamdi berkata, selaras aspirasi penubuhan UKM sebagai universiti kebangsaan yang dibina atas aspirasi rakyat, UKM sentiasa mencari peluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.

Tambahnya, ia berdasarkan bidang teras utama UKM iaitu pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan khidmat masyarakat.

Advertisement

Justeru itu katanya, adalah tidak menghairanlan apabila ada di antara graduan UKM yang memegang jawatan penting dalam pentadbiran Johor antaranya, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani dan Pegawai Kewangan Negeri Johor, Datuk Rahin Nin.

“Buat masa ini, UKM memiliki seramai 2,110 pelajar anak Johor dan 577 orang staf anak Johor yang sedang berkhidmat di UKM dalam pelbagai gred jawatan.

“UKM juga berbangga mempunyai alumni yang hebat dari Johor yang telah mencipta nama dalam pelbagai bidang dan memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran negeri

Advertisement

“Saya berharap lebih ramai lagi anak Johor akan berada di UKM dan seterusnya berbakti kepada negeri dan negara,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top