BM | EN | 中文

Ujian terbesar PM-9: Elak angka ‘mengerikan’ kes Covid-19

lim-kit-siang.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 20 OGOS: Ujian terbesar Perdana Menteri yang kesembilan adalah kemampuannya untuk mengelakkan angka-angka pandemik Covid-19 yang mengerikan daripada direkodkan pada Hari Kebangsaan ke-64 dan Hari Malaysia ke-58.

Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, Malaysia berdepan masa depan suram ekoran bakal melepasi paras 1.5 juta kes hari ini dan melepasi paras 1.7 juta kes Covid-19 dengan lebih 15,000 kematian akibat Covid-19 pada Hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos.

Beliau turut menjangka paras 2 juta kes Covid-19 dengan lebih 19,000 kematian pada Hari Malaysia, 16 September 2021.

Advertisement

“Adakah beliau bersedia untuk mempertaruhkan kepemimpinannya pada kemampuannya untuk mengubah arus kekalahan dan menguasai perang yang tidak dapat dilihat tetapi amat berbahaya terhadap wabak Covid-19 untuk menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat Malaysia?

“Ini adalah persoalan yang akan dipertanyakan setiap rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri baharu diumumkan kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, veteran DAP itu dilaporkan Roketkini sebagai berkata, semalam satu lagi rekod kes harian baharu Covid-19 dipecahkan, iaitu 22,948 kes dan hari ini, rekod lain bakal dipecahkan dengan mencapai paras 1.5 juta untuk jumlah kumulatif kes Covid-19.

Advertisement

Beliau mengetengahkan persoalan, adakah satu lagi rekod baharu pada Sabtu, 21 Ogos akan tercipta dengan melepasi paras 14,000 untuk kematian akibat wabak tersebut.

Pada 11 Januari 2021 semasa darurat diisytiharkan untuk melawan wabak Covid-19, tambahnya, jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 138,224 dengan 555 kematian.

“Kini, kita mempunyai jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 1,489,460 dengan 13,480 kematian — kira-kira 11 kali ganda jumlah kes Covid-19 dan 24 kali ganda jumlah kematian akibat wabak itu sejak 11 Januari tahun ini,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata, Malaysia bakal memintas Chile dalam tempoh seminggu dan Republik Czech dalam masa dua hari selepas itu, untuk berada di kedudukan ke-23 antara negara-negara dengan jumlah kumulatif kes Covid-19 tertinggi.

“(Kita) berdepan persoalan sama ada kita juga bakal memintas Filipina, yang kini berada di kedudukan ke-22 dengan jumlah kumulatif kes Covid-19 tertinggi, menjelang sambutan Hari Malaysia ke-58,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top