BM | EN | 中文

Ujian saringan Covid-19 secara pandu lalu di KPJ Bandar Dato’ Onn

IMG-20200406-WA0018.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 APRIL: Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn kini menyediakan perkhidmatan ujian pemeriksaan bagi mengesan Covid-19 secara pandu lalu bermula semalam.

Hospital tersebut dalam satu kenyataan memberitahu, perkhidmatan itu disediakan setiap Isnin hingga Jumaat bermula pada jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

“Perkhidmatan ujian saringan kesihatan Covid-19 secara pandu lalu itu boleh dibuat secara temu janji sehari lebih awal.

Advertisement

“Mereka yang mahu mendapatkan perkhidmatan ini boleh hubungi talian 012-6122962 untuk membuat temu janji,” tambah kenyataan itu.

Panggilan boleh dibuat setiap Isnin hingga Jumaat bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top