BM | EN | 中文

Ujian saringan Covid-19 percuma untuk petugas media Johor

Ujian-saringan-Covid-19-percuma-untuk-petugas-media-Johor.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 16 JUL: Hospital Gleneagles Medini di sini menawarkan ujian saringan COVID-19 secara percuma kepada petugas media di Johor dalam usaha mengesan virus itu sekali gus mengekang penularan jangkitan wabak berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Gleneagles Medini Dr Kamal Amzan berkata petugas media boleh membuat janji temu bermula hari ini dengan menghubungi hospital berkenaan di talian 07-5601000 selain perlu berdaftar sebagai ahli Kelab Media Johor (KMJ).

“Ujian Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) akan dijalankan kepada petugas media secara pandu lalu dan keputusan diketahui dalam tempoh 24 hingga 48 jam melalui e-mel dan notifikasi aplikasi MySejahtera.

Advertisement

“Walaupun ada petugas media yang sudah divaksinasi, tapi jika ada simptom atau rasa was-was, mereka boleh datang membuat saringan,’ katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kotak barangan keperluan termasuk makanan dan alat perlindungan diri kepada petugas media di hospital berkenaan semalam.

Sementara itu, Presiden KMJ Mohamad Fauzi Ishak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Hospital Gleneagles Medini kerana menyediakan ujian saringan COVID-19 secara percuma kepada petugas media di Johor.

“Usaha ini amat dialu-alukan oleh KMJ yang mana media juga antara petugas barisan hadapan lebih-Iebih lagi dalam melaporkan berita berkaitan pandemik COVID-19.

Advertisement

“Diharapkan usaha dan kerjasama ini akan berterusan,” katanya menambah sehingga kini KMJ mempunyai 134 ahli.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top