BM | EN | 中文

Ujian saringan COVID-19 hanya kepada individu bergejala membimbangkan

tan-chen-choon.jpg

Tan Chen Choon

Advertisement

SEGAMAT, 17 JAN: Langkah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya melakukan ujian saringan dan pengesahan Covid-19 terhadap individu yang bergejala sahaja adalah membimbangkan.

Adun Jementah, Tan Chen Choon berkata pekeliling KKM itu mengelirukan menimbulkan keresahan orang ramai kerana risiko kontak rapat dijangkiti virus COVID-19 masih wujud dan lebih tinggi walaupun tidak bergejala.

Tan memetik pekeliling KKM berkata, sekiranya individu bergejala disahkan positif, semua kontak rapat akan dikenal pasti dan diarahkan menjalani pengasingan dan pemerhatian di rumah, asrama dan hotel pekerja selama 10 hari dari tarikh pengesahan positif COVID-19.

Advertisement

“Walaubagaimanapun, semua kontak rapat lain tidak perlu menjalankan ujian saringan dan pengesahan COVID-19 sekiranya tidak bergejala pada hari kuarantin ke-10.

“Ini jelas bahawa KKM tidak akan melakukan ujian saringan dan pengesahan COVID-19 terhadap semua kontak rapat dengan pesakit positif COVID-19 tetapi hanya mereka yang bergejala sahaja,” kata Tan dalam satu kenyataan.

Tan turut memetik laporan cctv.com dalam forum ‘Anti-Wabak Covid-19 Global’ mengenai pandangan Profesor Zhang Wen Hong, Pengarah Jabatan Penyakit Berjangkit Hospital HuaShan, Universiti Fudan, China bahawa 50 peratus wabak COVID-19 ditularkan individu tidak bergejala.

Advertisement

Justeru itu, ujian saringan dan pengesahan COVID-19 terhadap mereka adalah wajib dan apabila individu tidak bergejala disahkan positif COVID-19, kuarantinkan mereka segera”

“Individu tidak bergejala sebenarnya amat membimbangkan. Sekiranya mereka tidak menjalankan ujian saringan dan pengesahan COVID-19 pada hari kuarantin ke-10, mereka pasti ke sana ke sini selepas tempoh kuarantin.

“Berkemungkinan tinggi merebakkan virus COVID-19 kepada orang lain.

Advertisement

“Pihak KKM harus melakukan ujian saringan dan pengesahan serta arahan kuarantin dikeluarkan terhadap semua individu kontak rapat pesakit positif COVID-19 bagi menghentikan penularan.

“Pihak KKM perlu meningkatkan kapasiti dan kecekapan ujian saringan dan pengesahan COVID-19, terutamanya semasa tempoh PKP.

“Sekiranya pihak berkenaan betul-betul ingin memutuskan rantaian pandemik COVID-19 yang semakin tinggi, ujian pensampelan COVID-19 tidak patut dikurangkan terhadap kluster dan kontak rapat,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top