BM | EN | 中文

Ugut, tawar jawatan untuk lompat parti gugat kestabilan politik

Dr-Zuhan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 MAC: Pemikir Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, kerajaan didesak agar tidak mempergunakan agensi kerajaan untuk kepentingan mereka selain tindakan ugut keatas ahli parlimen pembangkang agar melompat parti.

Hari ini katanya, cabaran dihadapi rakyat adalah isu ekonomi, bukan soal pembelian ahli parlimen bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan.

Zuhan berkata, tindakan lompat parti mendatangkan kesan buruk kepada pengundi selain amalan demokrasi akan menjadi rosak.

Advertisement

Justeru itu beliau menegaskan agar diwujudkan undang-undang anti lompat parti bagi menjamin kestabilan politik di negara ini.

“Sekiranya undang-undang anti lompat parti ini diwujudkan bermakna tidak akan timbul ugutan terhadap agensi kerajaan dan pastinya tidak akan diperalatkan kelak.

“Ini juga demi menjaga pengundi yang telah memberi kepercayaan melalui mandat yang diberikan mereka,” katanya.

Advertisement

Tambah Zuhan, tindakan melompat parti ini adalah budaya songsang yang akan membantutkan pembangunan serta kestabilan pentadbiran selain melunturkan keyakinan pelabur.

“Rakyat yang akan menjadi korban dari sikap sebegini. Cuba lihat apa terjadi apabila rakyat mulai benci kepada ahli politik. Puncanya adalah sikap khianat.

“Sekiranya pemimpin atau ahli politik itu bersalah, hukumlah mereka mengikut undang-undang, bukan ugut supaya lompat parti demi keberlangsungan kepentingan peribadi,” tegasnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top