BM | EN | 中文

Ugut keluar PN, Umno seperti harimau tanpa taring

azhar-ismail-1.jpg
Advertisement

LEDANG, 21 JUN: Suara-suara ahli Umno yang mahukan parti itu keluar atau menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat seperti harimau tanpa taring.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Azhar Ismail berkata, desakan-desakan itu dilihat sekadar gimik sahaja.

Menurutnya, apa yang perlu bukanlah kata-kata, tetapi yang penting adalah tindakan yang perlu dilakukan.

Advertisement

“Ia sekadar cakap sahaja. Tidak perlu percaya pun dengan gembar-gembur untuk Umno pertimbang semula sokongan untuk keluar dan sebagainya.

“Apa yang perlu adalah tindakan. Buktikan Umno boleh keluar dan menjadi ‘king maker’ dalam pentadbiran negara.

“Kalau setakat cakap, ia hanya bebelan yang tidak sudah. Kita cabar Umno perlu buktikan mereka harimau yang ada taring bukan harimau tua yang pupus giginya,” kata Azhar.

Advertisement

Tambah beliau, Umno sekadar mahu mengambil kesempatan susulan kelemahan pemerintahan sebelum ini.

Malah, apabila hari ini kerajaan PN semakin tersepit, Umno mengambil keputusan mengugut demi meraih perhatian sahaja.

“Ini semuanya ugutan. Bila mereka tidak dipandang mereka akan ugut mahu keluar.

Advertisement

“Apabila mereka diberikan jawatan dan sebagainya, mereka akan diam.

“Hari ini bila masa PN tersepit dan rakyat banyak menghentam kerajaan, Umno kononnya membawa haluan sendiri dan tidak mahu dikaitkan dengan PN.

“Ini suatu pembohongan. Bila PN kuat Umno akan menyokong semula kerajaan. Itulah Umno hari ini,” jelasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top