BM | EN | 中文

UEMSET, TMS TAMAT USAHASAMA SELEPAS ALAMI KERUGIAN

uem-edgenta.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 SEPT: UEM Sunrise Edgenta TMS Sdn Bhd (UEMSET) telah menamatkan perjanjian usahasama (JV) dengan Township Management Services Sdn Bhd (TMS), dalam mengendalikan perkhidmatan pengurusan perbandaran holistik pertama di Malaysia.

Menurut laporan The Edge Markets, perjanjian untuk mengoperasikan Edgenta TMS Sdn Bhd (ETSB) itu pada awalnya diperkenalkan pada tahun 2016.

UEMSET dimiliki 70 peratus oleh UEM Edgenta Bhd dan 30 peratus dimiliki oleh UEM Sunrise Bhd sementara Khazanah Nasional Bhd memiliki 100 peratus di UEM Group Bhd.

Advertisement

Dalam pemfailan dengan Bursa Malaysia hari ini (4 Sept), UEM Edgenta berkata, pemegang saham ETSB msing-masing bersetuju untuk menamatkan perjajian usahasama itu dengan tujuan bagi penggulungan ETSB.

Menurut laporan itu juga, difahamkan ETSB merekodkan kerugian sebanyak RM116,000 dan RM670,000 untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2018 (FY18) dan (FY19).

Penubuhan syarikat usahasama itu bermatlamat menawarkan perkhidmatan pengurusan perbandaran merangkumi kemudahan, estet dan pengurusan keselamatan untuk pemilik bangunan dan penduduk di Medini dan Perbandaran Nusajaya di Iskandar Malaysia, Johor.

Advertisement

TMS merupakan unit milikan penuh Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd, yang merupakan subsidari Jasmine Acres Sdn Bhd dengan 60 peratus pemilikan.

Khazanah juga merupakan syarikat induk untuk Jasmine Acres berdasarkan kepentingannya di Iskandar Investment Bhd dan Iskandar Ventures Sdn Bhd

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top