BM | EN | 中文

UEM Sunrise Berhad anjur Program Bengkel Drama dan Bahasa Inggeris

IMG-20200224-WA0013.jpg

Murid sekolah yang mengikuti Program Bengkel Drama dan Bahasa Inggeris 'Highly Immersive Programmes' anjuran UEM Sunrise Berhad mengadakan persembahan kebudayaan.

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 25 FEB: Syarikat pemaju hartanah, UEM Sunrise Berhad menganjurkan Program Bengkel Drama dan Bahasa Inggeris ‘Highly Immersive Programmes’ di beberapa sekolah angkat mereka.

Ketua Pegawai Operasi (Selatan) UEM Sunrise Berhad, Zamri Yusof berkata, program itu bertujuan untuk memupuk keyakinan murid bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Katanya, kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghubung antarabangsa tidak dapat disangkal.

Advertisement

“Generasi muda yang merupakan bakal pemimpin negara perlu mempunyai tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang baik.

“Ini termasuklah bagi menyediakan hubungan antarabangsa yang efektif dalam pelbagai aspek pertumbuhan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis yang diadakan di Mall of Medini, di sini hari ini.

Advertisement

Turut hadir, Exco Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia negeri, Aminolhuda Hassan.

Dalam program tersebut, seramai 180 murid dan 18 guru daripada sekolah angkat UEM Sunrise Berhad iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang Pendas, SJKC Ming Terk dan SJKT Gelang Patah.

Tambah beliau, program itu merupakan sebahagian daripada usaha pihaknya untuk memajukan masyarakat selaras dengan usaha penjenamaan semula mereka.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top