BM | EN | 中文

UEM Sunrise akan jual tanah di SILC Johor pada harga RM434.3 juta

uem-sunrise-SILC-Johor.jpg

Grafik Ehsan Focus Malaysia

Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 OKT: UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise) akan melupuskan sebanyak 72 lot tanah pembangunan pegangan bebas di Iskandar Puteri, Johor pada harga RM434.3 juta kepada AME Elite Consortium Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, pemaju hartanah itu berkata ia akan membolehkan lot tanah seluas 68.71 hektar di Fasa 3, Kluster Perindustrian Logistik Selatan (SiLC) itu menjana pendapatan pada kadar yang lebih pantas berbanding penjualan lot tanah individu.

Untuk memudahkan urusniaga, UEM Sunrise berkata anak syarikat milik penuhnya UEM Land Bhd dan anak syarikat milik penuh tidak langsung Nusajaya Heights Sdn Bhd telah memeterai dua perjanjian induk (HOA) secara berasingan dengan unit AME, Pentagon Land Sdn Bhd dan Greenhill SILC Sdn Bhd.

Advertisement

Ia juga akan turut bekerjasama dengan AME untuk membangunkan kawasan itu menjadi pembangunan taman perindustrian yang bersepadu.

UEM Sunrise, pemilik tanah dan pemaju utama Iskandar Puteri berkata AME dan unitnya mempunyai kepakaran dalam pembinaan kilang pembuatan, reka bentuk dan pembinaan dan pembangunan taman perindustrian.

Selain itu, AME turut menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan pelaburan hartanah serta perkhidmatan pengurusan di Malaysia.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top