BM | EN | 中文

UDA SANTUNI 40 MURID SK SUNGAI DANGA

uda-Holdings.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 DIS: Sempena cuti sekolah ini, syarikat UDA Holdings Berhad (UDA) menyantuni seramai 40 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Danga dengan membantu membeli kelengkapan persekolahan berjumlah RM350 setiap seorang.

UDA dalam satu kenyataan memberitahu, sumbangan zakat tersebut merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya.

“Sebanyak RM10,000 sumbangan zakat daripada UDA telah disalurkan kepada 40 murid asnaf yang layak dimana setiap daripada mereka menerima RM250 seorang.

Advertisement

“Sementara itu, Badan Didikan Islam UDA (BADIM) turut menyalurkan sumbangan berjumlah RM4,000 kepada pelajar tersebut dimana setiap daripada mereka menerima RM100 setiap seorang untuk keperluan sekolah agama,” katanya.

Program Kembali Ke Sekolah yang diadakan di pusat beli belah Angsana Johor Bahru Mall itu selari dengan falsafah syarikat itu yang mementingkan pendidikan kepada generasi muda.

Rosliza Zilawati Mustafa

Sementara itu, salah seorang penerima sumbangan, Rosliza Zilawati Mustafa, 41, memberitahu, dia amat bersyukur dan berterima kasih dengan bantuan yang diberi.

Advertisement

“Saya sangat gembira kerana dengan bantuan ini, anak saya akan dapat memiliki kelengkapan persekolahan baharu yang lengkap untuk tahun depan,” katanya.

Rosnah Kabek

Seorang lagi penerima, Rosnah Kabek, 46, pula berkata, sumbangan itu meringankan bebannya yang memiliki empat orang anak dimana tiga daripadanya masih bersekolah.

“Ini pertama kali saya mendapat bantuan seperti ini dan saya amat bersyukur sekali kerana tiga anak saya masih bersekolah.

Advertisement

“Dengan pendapatan bulanan kira-kira RM2,000 serta memiliki empat orang anak, memang agar sukar bagi golongan miskin bandar seperti saya,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top