BM | EN | 中文

UDA peruntuk insentif RM20 juta bantu penyewa terkesan COVID-19

uda-holdings-berhad.png
Advertisement

SEREMBAN, 19 JAN: UDA Holdings Berhad (UDA) memperuntukkan insentif sebanyak RM20 juta bagi membantu usahawan yang menyewa dan berniaga di premis pusat beli-belah seliaannya di beberapa bandar utama seluruh negara.

Pengerusinya Datuk Jalaluddin Alias berkata sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, UDA komited memberi insentif yang meliputi pengecualian sewa dan diskaun sewa, bagi membantu usahawan yang terjejas dengan pandemik COVID-19.

Jumlah insentif itu adalah bagi tempoh Mac tahun lepas hingga kini.

Advertisement

“Sejak awal pandemik Covid-19, ekonomi rakyat Malaysia telah terkesan dan inilah masa yang sesuai untuk UDA menyumbang semula kepada masyarakat.

“Sejak Mac tahun lalu, UDA telah menyalurkan sumbangan secara konsisten kepada pelbagai pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha membendung Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, beliau berkata bersempena ulang tahun ke-50 UDA yang ditubuhkan pada 1971 pada 12 Nov ini, seramai 700 pelajar daripada golongan kurang berkemampuan dari Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan, diraikan dalam program sumbangan Kembali ke Sekolah 2021.

Advertisement

Bantuan meliputi sumbangan beg sekolah, kasut, alat tulis, pelitup muka dan pensanitasi tangan serta pembelian set lengkap persekolahan termasuk baju dan kasut, yang kesemuanya bernilai RM250 bagi setiap penerima.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top