BM | EN | 中文

TVET KUNCI KEMAJUAN NEGARA PADA MASA AKAN DATANG

IMG-20191013-WA0002.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 OKT : Pembangunan modal insan menjadi nadi dan penggerak pembentukan masyarakat untuk maju, proaktif dan berinovatif, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan.

Menurutnya, ia seterusnya berkemampuan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri seterusnya mencapai objektif negara kita secara keseluruhannya.

“Dengan memartabatkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) ini, kita mampu menghasilkan modal insan berkemahiran yang diperlukan oleh industri.

Advertisement

“Tidak keterlaluan jika TVET ini kita anggap sebagai kunci kepada kemajuan negara pada masa akan datang selaras dengan ledakan teknologi dan perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang sedang berlaku sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Penutup Program Jelajah TVET Johor 2019 Peringkat Zon Selatan di Maktab Sultan Abu Bakar, di sini, baru-baru ini.

Aminolhuda yang juga merupakan Adun Parit Yaani berkata, oleh sebab itu TVET harus ditekankan kerana ia telah menjadi permintaan dan keperluan industri kepada modal insan yang berkeupayaan.

Advertisement

“Secara tidak langsung, kita akan dapat mengubah landskap pasaran buruh Negara dimana lebih banyak permintaan terhadap tenaga kerja mahir dan pada masa sama, skim gaji yang lebih tinggi dapat ditawarkan kepada rakyat.

“Era teknologi canggih masa kini menuntut kita untuk melakukan perubahan yang cepat dan pantas dalam kehidupan seharian kita.

“Ini bermakna kita tidak boleh ketinggalan jauh ke belakang dan kita perlu bergerak seiring dengan perkembangan dan kepesatan teknologi semasa,” katanya.

Advertisement

Justeru itu, beliau menyarankan pemain-pemain utama TVET dan industri  memanfaatkan Industry Forward atau IR 4.0.

“Tujuan ini bagi meningkatkan keupayaan dan daya saing masing-masing agar dapat bersedia mengharungi cabaran baharu agar mana-mana golongan masyarakat tidak terpinggir dan ketinggalan.

“Jadi, kita memerlukan institusi TVET yang lebih fleksibel dan tenaga pengajar yang kompeten malah infrastruktur itu sendiri perlu lengkap dan kukuh dalam mendepani cabaran ini,” katanya.

Advertisement

Beliau percaya agenda pemerkasaan TVET bersama-sama dengan penggiat utama industri harus menjadi hala tuju strategik utama TVET.

“Kita juga percaya kerjasama ini dapat mewujudkan tenaga kerja pakar baharu dalam mempelajari teknologi terkini yang mempunyai ‘spillover effect’.

“Ia mampu menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan teknologi di sektor-sektor lain seperti pertanian, pembinaan, kesihatan, perkhidmatan dan lain-lain,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top