BM | EN | 中文

TVET BUKAN PENDIDIKAN KELAS KEDUA

IMG-20191013-WA0006.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 OKT : Masyarakat melihat, individu yang berpakaian korporat dan kemas adalah orang yang berjaya akibat pengaruh persekitaran dan media.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, namun kebanyakan pekerja dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) ini kebiasaannya adalah berbeza.

“Ada pekerja TVET berpakaian kotor sekaligus wujud persepsi bahawa pekerja TVET busuk, kotor dan berbau.

Advertisement

“Ini kerana faktor persekitaran kerja mereka walau tidak semuanya berimej begitu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Penutup Program Jelajah TVET Johor 2019 Peringkat Zon Selatan di Maktab Sultan Abu Bakar, di sini, baru-baru ini.

Aminolhuda yang juga Adun Parit Yaani berkata, justeru majikan dan kerajaan harus mengubah imej TVET agar lebih terkini dan kemas serta segar supaya sesuai dengan zaman kini.

Advertisement

“Di Jepun misalnya, pekerja yang melakukan pembersihan kawasan dianggap profesional.

“Ini kerana pekerjaan yang mereka lakukan membabitkan kemahiran sederhana ke tinggi.

“Tapi di Malaysia, teknologi kutipan sampah masih di tahap sederhana,” katanya.

Advertisement

Tambahnya lagi, beliau secara peribadi berasa hairan kerana ada lagi yang menganggap bahawa TVET ini sebagai kelas kedua berbanding bidang akademik konvensional lain.

“Sedangkan di negara maju, golongan ini dipandang tinggi serta mendapat tempat sewajarnya dari segi pendapatan dan pengiktirafan.

“Pandangan serong terhadap TVET ini bukan saja dalam kalangan masyarakat biasa tetapi salah faham juga berlaku dalam kalangan kakitangan kerajaan yang menentukan polisi dan akademik di institut pengajian tinggi.

Advertisement

“Memang betul dahulu kebanyakan pelajar yang memasuki aliran TVET ialah pelajar yang gagal dalam akademik dan tidak layak menyambung pengajian di peringkat universiti namun kini keadaan sudah berubah,” katanya.

Justeru itu, beliau yakin penubuhan Badan Penyelaras Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara oleh Kementerian Pendidikan, baru-baru ini dilihat mampu menyatukan TVET di bawah satu bumbung dengan menjadi sistem tunggal yang lebih berdaya saing.

“Saya berharap penubuhan badan induk terbabit akan memberi tumpuan kepada kecukupan Model Pembiayaan, Model Pemilikan Bersama, dan pemerkasaan Persijilan TVET (Industri) serta bergerak dengan Jenama TVET Kebangsaan Tunggal.

Advertisement

“Ia juga berkeupayaan menyelesaikan semua masalah berkaitan TVET seperti masalah akreditasi, kekurangan fasiliti dan kelompongan sistem,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top