BM | EN | 中文

Tutup parlimen bercanggah matlamat kerajaan terap amalan ‘norma baharu’ – REFSA

parlimen-malaysia-dewan-rakyat.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 1 OGOS: Walaupun kerajaan berulang kali mengingatkan rakyat Malaysia untuk mengubah corak pemikiran untuk hidup bersama Covid-19, namun tindakan menutup parlimen bercanggah dengan matlamat kerajaan untuk menerapkan amalan ‘Norma Baharu’.

Fakhrurrazi Rashid, penyelaras pemikir Research for Social Advancement (REFSA) berkata, bagaimana kerajaan ingin meyakinkan orang awam bahawa tempat kerja, kawasan komersial, dan sektor ekonomi boleh dibuka dengan selamat jika kerajaan masih gagal melakukan perkara yang sama untuk institusi parlimen?

Katanya, penangguhan parlimen mengecewakan rakyat Malaysia yang mahukan Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yasin bertanggungjawab kepada parlimen mengikut Artikel 43 (3) Perlembagaan Persekutuan dan melaksanakan titah DYMM Yang di-Pertuan Agong agar parlimen membahaskan Ordinan Darurat.

Advertisement

“Keengganan kerajaan untuk meneruskan perbahasan ini menggambarkan bahawa pentadbiran Tan Sri Mahiaddin Yasin telah kehilangan legitimasi dan kepercayaan Dewan Rakyat.

“Demokrasi Malaysia dalam bahaya. Pendirian kerajaan untuk meminggirkan fungsi parlimen bagi mencari penyelesaian efektif membantu rakyat ketika pandemik dan ‘lockdown’ akan memberi kesan negatif kepada kehidupan rakyat dalam jangka masa panjang.

“Penangguhan mesyuarat khas ini juga telah merampas peluang wakil rakyat untuk meneliti Pelan Pemulihan Nasional (PPN) dan Pakej Rangsangan Ekonomi dan menawarkan penambahbaikan untuk sebarang jurang atau kelemahan,” katanya.

Advertisement

Justeru itu, kerajaan perlu meneruskan sesi parlimen khas seperti yang dijadualkan untuk membincangkanisu-isu dasar dan pemansuhan Ordinan Darurat.

“Mesyuarat khas Dewan Negara yang akan berlangsung selama tiga hari, bermula pada 3 Ogos 2021, perlu diteruskan agar dasar kerajaan dalam menangani pandemik dan ekonomi dapat dikaji dan diperbaiki oleh Dewan Negara.

“REFSA juga menekankan pentingnya kabinet untuk memberikan maklumat mengenai dasar kerajaan kepada Jawatankuasa Pilihan (JPK).

Advertisement

“Kerjasama dengan sembilan JPK sangat penting untuk meneliti pelaksanaan dasar kerajaan agar ia benar-benar mempertimbangkan pandangan semua pihak dan memberikan kesan positif kepada rakyat.

“REFSA juga melihat kewajaran sekiranya Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang akan berlangsung pada 6 September 2021 dibawa ke hadapan agar parlimen dapat membahas dan meneliti dasar lebih awal dalam mengatasi isu kesihatan, pengangguran, dan kos sara hidup yang dihadapi rakyat.

“Ia juga dapat mempercepatkan perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang sudah tertangguh melebihi setahun,” tambah kenyataan itu.

Advertisement

Tambah badan pemikir itu, kerajaan perlu melihat parlimen sebagai rakan strategik dan membina kerjasama dua pihak untuk membina semula keyakinan rakyat dan hala tuju negara dalam fasa pemulihan.

“Rakyat Malaysia berhak mempunyai kerajaan yang bertanggungjawab dan dapat bekerjasama dengan parlimen pada masa yang sukar ini,” tambah Fakhrurrazi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top