BM | EN | 中文

Turunkan harga kit ujian kendiri Covid-19

young-syefura-othman-Rara.jpeg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Kerajaan terus digesa segera menurunkan harga kit ujian kendiri Covid-19 memandangkan harga semasa iaitu RM39.90 disifatkan terlalu mahal.

Adun Ketari, Pahang, Young Syefura Othman berkata, kit ujian itu perlu menjadi barang mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.

Menurutnya, ini sekali gus membolehkan mereka melakukan ujian saringan sendiri.

Advertisement

“Sekarang ni self test kit perlu segera di turunkan harga! RM39 terlalu mahal.

“Takkan benda ni Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba tak boleh selesaikan?” katanya, lapor Roketkini.

Young Syefura menambah, apabila kit ujian itu dijual dengan harga murah dan mampu milik untuk keluarga B40 sekali pun, orang ramai akan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

Advertisement

“Ya.. Kita perlu vaksin dan kita perlu kit ujian ini. Keluar mana-mana, uji dahulu, jumpa sesiapa, uji dulu. Sekurang-kurangnya ada kesedaran (self awareness) itu,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top