BM | EN | 中文

Turun mengundi, elak kleptokrat kembali berkuasa

97189380-443B-4829-94FE-24711B94C22B.jpeg

Foto: Mohd Sufian Mat Ali

Advertisement

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu menggesa agar pengundi Johor turun mengundi pada 12 Mac nanti bagi menyatakan bantahan terhadap pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang mementingkan kuasa berbanding tangani masalah rakyat.

Beliau berkata, pembubaran DUN Johor tidak perlu dibuat walaupun majoriti seimbang antara kerajaan dan pembangkang selepas kematian bekas Adun Kempas, Datuk Osman Sapian.

“Ini pilihanraya yang dipaksakan kepada kita supaya mereka boleh kekal berkuasa ketika rakyat dan negara susah.

Advertisement

“Pengundi Johor perlu turun mengundi beramai-ramai untuk ajar BN,” ujarnya.

Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata demikian semasa merasmikan Bilik Operasi Utama N.49 Kota Iskandar, Taman Mutiara Rini.

Advertisement

AMANAH meletakkan penyandang, Dzulkefly Ahmad sebagai calon untuk mempertahan kerusi tersebut.

Turut hadir, Setiausaha Agung AMANAH, Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli yang juga ahli Parlimen Lumut; Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hasan; Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Hasbie Muda serta Ketua PKR Cabang Iskandar Puteri, Ramesh.

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top