BM | EN | 中文

Tuntutan palsu RM20 juta, SPRM Johor tahan penyelia asrama di Kota Tinggi

Tuntutan-palsu-RM20-juta-SPRM-tahan-penyelia-asrama-bantu-siasatan.png
Advertisement

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penyelia asrama di Kota Tinggi malam tadi bagi membantu siasatan berkaitan kes tuntutan palsu kontrak pembekalan makanan pelajar berjumlah hampir RM20 juta.

Menurut sumber, wanita tempatan berumur 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor pada 10 malam.

Sumber berkata hasil siasatan yang dijalankan mendapati individu terbabit dipercayai bersubahat dengan beberapa syarikat kontraktor dengan membuat tuntutan kontrak pembekalan makanan bermasak untuk pelajar yang meragukan bagi tahun 2015, 2018 dan 2020 dengan jumlah tuntutan hampir RM20 juta.

Advertisement

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan menjelaskan individu terbabit ditahan reman selama enam hari, bermula hari ini.

Katanya, kes disiasat menurut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top