BM | EN | 中文

Tunku Temenggong Johor lawat mangsa banjir di Kota Tinggi

tunku-idris.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 DIS : Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim berkenan melawat mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Mawai, Kota Tinggi, semalam.

Menerusi status dikongsikan di Facebook The Royal Johor, Tunku Idris yang Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia juga berkenan menyampaikan kurnian bantuan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pada lawatan sama, Tunku Temenggong Johor itu turut berkenan menerima hasil kraftangan dari wakil Jabatan Kemajuan Masyarakat Kota Tinggi (KEMAS), Suriati Abu Samah sebagai menghargai lawatan baginda ke pusat pemindahan berkenaan.

Advertisement

“Kami berada di sini untuk mengajar kemahiran kraftangan kepada keluarga yang terjejas untuk memastikan mereka diduduki semasa masa lapang mereka,” kata seorang pegawai dari KEMAS, Azahanim Othman.

Terdahulu, Tunku Idris diberi taklimat mengenai keadaan banjir terkini dan bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir yang terjejas oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top