KULAI, 26 JAN: Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Tilawah Al-Quran kali ke-64 Peringkat Negeri Johor di Pejabat Daerah Kulai.
Baginda menjadi wakil rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada majlis berkenaan yang berlangsung Rabu lepas.
Keberangkatan Tunku Idris diiringi Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj.
Pada majlis sama, Tunku Idris turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang dan peserta Qari dan Qariah peringkat negeri.
Muhammad Asyraf Hairam Tuan Rosli dinobatkan sebagai Johan Qari, manakala Nurul Nadiah Hashim sebagai Johan Qariah.
Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM 15,000, piala iringan dan sijil penyertaan.
Johorkini