BM | EN | 中文

TUNKU MAHKOTA ISMAIL TERIMA JEMPUTAN KHAS BERTEMU SKUAD BRAZIL

IMG-20191012-WA0009.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 OKT: Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim hari ini bertemu beberapa pemain skuad kebangsaan Brazil di Singapura.

Pertemuan tersebut lanjutan daripada lawatan rasmi delegasi dari Brazil ke Kelab Bolasepak Johor Darul Tazim ( JDT) ke fasili JDT yang diiktiraf mereka sebagai yang terbaik di Asia Tenggara.

Menurut satu kiriman yang dimuatnaik di Facebook rasmi Johor Southern Tigers, antara yang hadir pada pertemuan di Singapura itu termasuklah kapten Brazil,  Dani Alves.

Advertisement

“Pemain bintang PSG Neymar, Thiago Silva, Gabriel Jesus, penyelaras pasukan Juninho Paulista, juara Piala Dunia 1994 Bebeto dan beberapa lagi pemain turut hadir sama pada pertemuan itu,” katanya.

Terdahulu, delegasi skuad kebangsaan Brazil itu telah melawat fasiliti milik JDT pada hari Jumaat (11 Oktober) untuk membincangkan kemungkinan menggunakan fasiliti Harimau Selatan apabila Selecao berada di rantau ini pada masa akan datang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top