BM | EN | 中文

TUNKU ISMAIL TITAH SEMUA SUNGAI DI JOHOR YANG TERCEMAR DIBERSIHKAN

tmj-pantau-sungai-di-johor.jpg

(Gambar Ehsan HRH Crown Prince of Johor)

JOHOR BAHRU, 22 OGOS: Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan supaya kesemua sungai tercemar di negeri ini dilakukan pembersihan secara besar-besaran.

Baginda bertitah demikian kepada Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dan kerajaan negeri ketika memantau keadaan Sungai Skudai, semalam.

Titah tersebut itu dikongsikan melalui akaun Facebook rasmi baginda, HRH Crown Prince of Johor.

“Pemangku Raja bertitah kepada Menteri Besar Johor dan kerajaan negeri supaya melakukan pembersihan berkenaan dengan pencemaran dan juga pengurusan air secara besar-besaran di seluruh Johor.

“Baginda akan terus memantau tahap kebersihan sungai dan usaha-usaha yang dilakukan seperti di Sungai Skudai, Sungai Pasir Gudang dan juga di Sungai Tebrau serta akan memantau sungai-sungai di setiap daerah,” kenyataan tersebut dipetik.

Tunku Ismail berangkat menyusuri Sungai Skudai bagi meninjau dan memantau sendiri situasi terkini persekitaran Sungai Skudai yang dibersihkan semalam secara berperingkat dan teratur oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.

Hadir sama dalam tinjauan tersebut ialah wakil dari Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Badan Kawal Selia Air Negeri Johor.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top