BM | EN | 中文

Tunku Ismail tanggung sebahagian harga jersi JDT

jersi-jdt-2021.png

Gambar Ehsan FB JOHOR Southern Tigers

Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 FEB: Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menanggung sebahagian daripada harga jersi baharu away skuad berkenaan yang akan dijual bermula hari ini.

JDT dalam kenyataan semalam berkata ia adalah sebahagian daripada tanda penghargaan atas sokongan yang tidak berbelah bahagi oleh penyokong terhadap kelab berkenaan

Menurut kelab itu, jersi ‘away’ dipilih sebagai hadiah istimewa itu kerana warna jersi itu melambangkan Stadium Sultan Ibrahim sekali qus bersempena dengan ulang tahun pertama stadium berkenaan yang dibuka secara rasmi pada 22 Feb tahun lepas.

Advertisement

“Jersi Nike 2021 JDT akan menyaksikan jersi away versi pemain dijual buat pertama kali dan pada harga yang berbaloi.

“Harga sebenar jersi away ini adalah RM429, tetapi ia akan dijual pada harga RM185 iaitu sama dengan harga jersi home versi peminat. Tunku Ismail akan menanggung lebihan kos jualan jersi away yang dijual ini,” katanya

Menurut kenyataan itu, jersi home dan away JDT akan dijual bermula esok pada 11 pagi menerusi JDT platform dalam tallan miliknya dan penjual rasmi.

Advertisement

Jersi away akan dijual secara eksklusif di http//store johorsouthemtigercom.my, manakala jersi home pula akan dijual di Nike.com dan JDT.Luaskan Kuasamu Johor

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top