BM | EN | 中文

TUNKU ISMAIL RASMIKAN PEJABAT BARU JDT

tunku-ismail-rasmikan-bangunan-jdt.jpg

JOHOR BAHRU, 4 SEPT: Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merasmikan ibu pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), sebagai simbol kebanggaan bola sepak Johor, di Iskandar Puteri disini, hari ini.

Bangunan empat tingkat yang dibina di atas tanah seluas 2,200 meter persegi itu akan menempatkan pejabat pengurusan tertinggi JDT, Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan Southern Tigers Sdn Bhd.

Terletak berhadapan Stadium Sultan Ibrahim yang bakal siap tidak lama lagi, antara ciri menarik di JDT Headquarters termasuklah di bahagian lobi dimana detik-detik istimewa kelab itu akan disiarkan di skrin mega-LED.

Difahamkan kesemua pejabat di bangunan itu mempunyai sudut pemandangan yang menarik dab pelbagai jabatan akan ditempatkan di aras satu dan dua.

Turut hadir pada majlis perasmian termasuklah Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahrudin Jamal, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani, Presiden PBNJ, Datuk Ismail Karim, dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Haji Mohd Amin serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Kelab bolasepak JDT merupakan pasukan pertama di Malaysia yang memenangi gelaran Liga Super sebanyak enam kali berturut-turut bermula 2014 hingga 2019 semenjak liga tersebut diperkenalkan pada 2004.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top