BM | EN | 中文

TUNKU ISMAIL – PERKARA PALING MUSTAHAK IALAH SIFAT KEMANUSIAAN

35AD01F8-92C6-4F41-B63B-6F4308B012A5.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 SEPT: Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menasihatkan supaya belia dalam negara menjaga perpaduan dikalangan masyarakat dalam usaha membangunkan negara.

Menurut Tunku Ismail, perpecahan dikalangan rakyat tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada negara.

Untuk mencapai perpaduan dikalangan masyarakat berbilang bangsa dalam negara, tambah Tunku Ismail, setiap individu perlu menerapkan nilai kemanusian dalam diri masing-masing supaya dapat menghormati antara satu sama lain.

Advertisement

“Sikap kemanusiaan…menghormati satu sama lain, tidak kisah kaum atau bangsa kerana perpecahan tidak akan bawa kita kemana-mana,” baginda bertitah ketika sesi soal jawab dalam Kongres Belia 2019, hari ini.

Tunku Ismail berkata demikian apabila disoal berkenaan isu perpaduan dan konsep ‘Bangsa Johor’.

Terdahulu, Tunku Ismail, yang juga Tengku Mahkota Johor merasmikan Kongres Belia 2019, yang dianjurkan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Advertisement

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Sheikh Umar Bagharib Ali serta Presiden MBM Jufiti Johar.

Dalam masa sama, Tunku Ismail turut menyeru belia untuk sentiasa menyampaikan aspirasi mereka kepada pemimpin negara, dalam memastikan perpaduan dan kemajuan ekonomi dapat dicapai.

Baginda turut berjanji untuk membantu pembangunan belia sedaya-upaya serta menjaga perpaduan dikalangan rakyat.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top